2025-09-28 HaiPress

FOTO RTM
KUALA LUMPUR,28 September- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di ibu negara nyata teruja apabila menikmati harga petrol RON95 pada kadar RM1.99 seliter hari ini di bawah inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95).
Marizanah Banun berkata,inisiatif tersebut sangat membantu menampung perjalanan ke mana-mana destinasi.
"Sebulan boleh mendapat sehingga 300 liter,jadi boleh ulang-alik dan membuat perjalanan jarak jauh dengan lebih mudah," katanya.
Sementara itu,Nurannisah Mohamed Aris pula menyifatkan bantuan itu cukup membantu terutama bagi keluarga yang menanggung warga emas.
"Ayah saya warga emas,emak pun dah 55 tahun… bila harga petrol turun,boleh limitkan kos,"katanya.
Selain itu,Muhammad Radzi Basi memuji kaedah pelaksanaannya yang mampu membezakan pengguna tempatan dan warga asing,sekali gus memastikan subsidi disalur tepat kepada rakyat.
Malah,penggunaan aplikasi di pam minyak turut memudahkan proses penebusan subsidi.
"Bagi saya,ia mudah kerana terdapat aplikasi pada pam minyak. Sekiranya kad pengenalan tidak dapat digunakan,boleh bertanya kepada kaunter mengenai cara menggunakan petrol RON95 pada harga RM1.99 seliter berbanding RM2.05 seliter," ujarChe Mat Mat Ali.
Bermula hari ini,seramai lima juta penerima STR di seluruh negara berpeluang menikmati harga RON95 pada RM1.99 seliter berbanding harga pasaran semasa RM2.05 seliter.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur