2025-09-28 HaiPress

Cuepacs menegaskan keperluan audit keselamatan infrastruktur sekolah bagi mengelakkan tragedi seperti insiden murid maut terjatuh ke dalam saluran kumbahan berulang. Foto- BERNAMA
KUALA LUMPUR,28 September - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menggesa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperketat aspek keselamatan di sekolah berikutan insiden seorang murid Tahun Tiga maut selepas terjatuh ke dalam saluran kumbahan pada 27 September lalu.
Presiden CUEPACS,Datuk Dr. Adnan Mat berkata tragedi berkenaan amat menyedihkan dan tidak sepatutnya berlaku di institusi pendidikan yang sewajarnya menjadi tempat paling selamat bagi murid.
Menurut beliau,aspek Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) di sekolah perlu diberikan perhatian serius kerana ia melibatkan bukan sahaja murid,malah guru,ibu bapa dan seluruh komuniti sekolah.
CUEPACS turut mengesyorkan agar KPM melibatkan pakar keselamatan daripada agensi berkaitan seperti Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) serta Malaysian Society for Occupational Safety and Health (MSOSH) bagi memastikan standard keselamatan dipatuhi dan risiko kemalangan dapat diminimumkan.
Kenyataan itu turut menegaskan keperluan pelaksanaan audit menyeluruh terhadap infrastruktur sekolah di seluruh negara,termasuk mengenal pasti titik berisiko serta mengambil langkah pencegahan segera bagi mengelakkan tragedi seumpama itu berulang.
Datuk Dr. Adnan Mat menegaskan keselamatan murid merupakan amanah negara dan tindakan tidak wajar ditangguhkan sehingga berlaku insiden seterusnya.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur