2025-09-28 HaiPress

Poster Pameran Pelancongan Mesra Muslim ( MFTF)
KUALA LUMPUR,26 September - Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) akan menganjurkan Pameran Pelancongan Mesra Muslim ( MFTF) edisi pertama,di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur.
Inisiatif baharu itu menandakan langkah penting MATTA dalam memperkukuh inovasi serta keterangkuman industri pelancongan,dengan memberi tumpuan kepada segmen pelancongan mesra Muslim yang semakin berkembang pesat.
Bertempat di Dewan Tun Razak 4,pameran berkenaan bakal menampilkan 115 gerai melibatkan ejen pelancongan berlesen dan pemain industri lain.
Walaupun berskala lebih kecil daripada Pameran MATTA di MITEC,MFTF menawarkan pengalaman yang memberi fokus terhadap destinasi,produk dan perkhidmatan berlandaskan nilai mesra Muslim.
MFTF menerima sokongan rakan rasmi termasuk RHB Bank Berhad selaku Penaja Platinum Eksklusif,Islamic Tourism Centre sebagai Rakan Strategik dan Hwajing Travel & Tours sebagai Pengendali Kapal Persiaran Rasmi.
“Ramai pelancong Muslim berdepan cabaran mencari destinasi dengan makanan halal,kemudahan solat serta tarikan mesra keluarga. MFTF memenuhi keperluan itu,” kata Dr Fazil Khan,Pengerusi Penganjur MFTF,dalam satu kenyataan.
Beliau turut menambah,pameran tersebut menampilkan agensi yang diyakini menawarkan pakej Umrah dan Haji.
Pameran terbuka kepada orang ramai dari pukul 10 pagi hingga 9 malam pada 18 dan 19 Oktober depan.
Dr Fazil Khan,Pengerusi Penganjur MFTFUSTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur