2025-09-28 HaiPress

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,26 September - Selaku Pengerusi ASEAN 2025,Malaysia menegaskan komitmen rantau ini untuk terus mempertahankan sistem perdagangan pelbagai hala yang bebas,adil dan berasaskan peraturan meskipun berdepan cabaran perlindungan serta ketidaktentuan geopolitik global.
Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri,Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata,seiring dengan komitmen tersebut,pelbagai pencapaian utama telah direkodkan menerusi Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) ke-57.
Antaranya,pemuktamadan 18 Keberhasilan Utama Ekonomi (PED) di bawah pengerusian Malaysia,seperti Rangka Kerja Rantaian Bekalan Semikonduktor Bersepadu ASEAN (AFISS),dan Garis Panduan Pelaburan Mampan ASEAN (ASIG).
"Para Menteri mengulangi komitmen untuk melaksanakan Keberhasilan Utama Ekonomi (PEDs) tepat pada masanya kerana ia akan membawa manfaat nyata kepada perniagaan dan rakyat,sekali gus memperkukuh daya tahan ekonomi ASEAN serta pertumbuhan jangka panjang.
"Versi baharu ATIGA pula menandakan satu lonjakan penting dengan ciri lebih anjal dan responsif terhadap perubahan ekonomi serantau dan global" katanya dalam sidang media akhir mesyuarat tersebut di sini,hari ini.
ASEAN juga telah memuktamadkan Protokol Kedua Pindaan Perjanjian Perdagangan Barang ASEAN (ATIGA),selain mencatatkan kemajuan dalam Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital ASEAN (DEFA) yang akan menjadi pemacu utama pertumbuhan ekonomi serantau.
Mesyuarat turut menzahirkan sokongan penuh terhadap kemasukan Timor-Leste sebagai anggota ke-11 ASEAN pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 Oktober ini,di samping menggariskan hala tuju pelaksanaan Pelan Strategik Komuniti Ekonomi ASEAN 2026-2030.
Dengan pencapaian ini,ASEAN akan terus memperkukuh keterangkuman,memperluas jaringan kerjasama ekonomi dengan rakan dialog serta memastikan manfaat yang nyata dapat dirasai oleh rakyat dan perniagaan di rantau ini.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur