2025-09-28 HaiPress

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,27 September - Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka melepasi paras US$3,800 minggu depan,disokong oleh permintaan berterusan terhadap aset selamat dan jangkaan terhadap pengumuman data buruh Amerika Syarikat (AS).
Pengarah urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata komoditi itu mencatatkan kenaikan kukuh meskipun pengukuhan dolar dengan aliran masuk dana dagangan bursa (ETF) yang berterusan menyokong daya tarikan emas.
"Tumpuan akan terarah kepada pengumuman Penyata Gaji Bukan Ladang AS pada Jumaat,dengan unjuran antara 20,000 dan 80,000 pekerjaan. Angka yang lemah boleh menyebabkan Rizab Persekutuan mengubah semula pendiriannya,membebankan dolar dan memberikan jongkong emas momentum baharu,” katanya.
Bagi asas mingguan,kontrak bulan semerta September 2025 meningkat kepada US$3,750.30 setiap auns troy daripada US$3,660.20 pada minggu sebelumnya.
Kontrak Oktober 2025 mengukuh kepada US$3,765.40 setiap auns troy daripada US$3,676.60,dan kontrak November 2025 meningkat kepada US$3,783.6 setiap auns troy daripada US$3,693.40 sebelumnya.
Kontrak Disember 2025,Februari 2026,April 2026 dan Jun 2026 semuanya ditutup lebih tinggi kepada US$3,803.5 setiap auns troy berbanding US$3,714.30 setiap auns troy.
Jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 2,310 lot daripada 1,388 lot minggu lepas,manakala kepentingan terbuka susut kepada 658 kontrak daripada 807 kontrak.
Berdasarkan penetapan petang London Bullion Market Association pada 25 Sept 2025,emas fizikal berada pada US$3,730.75 setiap auns troy. - BERNAMA
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur