2025-09-28 HaiPress

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,27 September - Pasaran getah dijangka mengalami asakan bagi peningkatan harga minggu depan susulan kekangan bekalan dan permintaan kukuh terus mempengaruhi sentimen pasaran,menurut Pertubuhan Pengilang Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA).
MARGMA menjelaskan pasaran mungkin menghadapi kekangan bekalan disebabkan amaran hujan lebat dan banjir kilat di negara pengeluar getah utama terutama Thailand.
“Hal ini,serta isyarat permintaan positif daripada pasaran kenderaan elektrik baharu di China dan faktor geopolitik yang telah menaikkan harga minyak,akan terus memberi tekanan peningkatan harga getah minggu depan,” jelasnya kepada Bernama.
Persatuan itu memaklumkan laporan mengenai ancaman Rusia berhampiran sempadan Poland mengingatkan risiko berterusan sedia ada yang boleh menjejaskan kestabilan pasaran keseluruhan.
MARGMA menyatakan bagaimanapun,harga juga akan dipengaruhi oleh niaga hadapan getah serantau,prestasi ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) serta turun naik harga minyak mentah yang menjadi penanda aras.
Pakar industri Denis Low yang berkongsi pandangan yang sama berkata pasaran keseluruhan dijangka kekal stabil dengan kecenderungan untuk meningkat sedikit pada minggu depan.
“Nampaknya ada optimisme ekonomi yang muncul daripada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu,dengan pemimpin seluruh dunia bersatu demi keamanan dan supaya ekonomi terus maju.
“Keadaan itu menggalakkan kebanyakan komoditi,termasuk getah dan pasarannya dijangka kekal stabil dengan trend sedikit meningkat,” katanya.
Berasaskan mingguan,harga rujukan bagi getah fizikal oleh Lembaga Getah Malaysia untuk Getah Mutu Malaysia (GMM) 20 melonjak 16.5 sen kepada 743.00 sen sekilogram manakala lateks pukal meningkat 4.0 sen kepada 582 sen sekiilogram.- BERNAMA
Prasarana bina generasi tenaga mahir pengangkutan awam melalui Program T-GEAR
Isu rumah ibadat perlu ditangani harmoni – KPN
Pendekatan damai mencerminkan kematangan rakyat Malaysia tangani perbezaan
Kos haji kekal: Beri peluang umat Islam tunai haji serta rancang kewangan
ABU DBS 2026 kembali, himpun penggiat industri penyiaran 30 Mac-2 April
PETRA perkukuh kesiapsiagaan banjir menjelang Aidilfitri
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur