2025-09-29 HaiPress

Timbalan Pengarah Bahagian Keselamatan Jalan Raya JPJ,Che Wan Ainul Ain Wan Abdullah
BATU CAVES,28 September - Sebanyak 1,000 unit topi keledar diberikan secara percuma kepada pengunjung menerusi Program Pertukaran Topi Keledar Lama anjuran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Program ini diadakan sempena Mini Karnival MOT 2025 : Hari Bertemu Pelanggan dan Kerjaya.
Timbalan Pengarah Bahagian Keselamatan Jalan Raya JPJ,Che Wan Ainul Ain Wan Abdullah berkata,inisiatif ini usaha berterusan kerajaan meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya,terutamanya dalam kalangan penunggang dan pembonceng motosikal.
"Untuk Program Pertukaran Topi Keledar hari ini kriteria yang ditetapkan adalah yang pertamanya warga negara Malaysia dan membawa Kad Pengenalan diri. Kedua,membawa topi keledar yang telah usang,rosak dan tidak mempunyai piawaian SIRIM.
"Keseluruhannya pertukaran topi keledar ini kita ingin menggalakkan warga kota secara umumnya mementingkan perihal keselamatan di jalan raya. Topi keledar yang kami pihak JPJ sediakan ini mempunyai piawaian SIRIM dari segi aspek keselamatannya terjamin.
Dalam pada itu reruai JPJ yang dibuka sejak awal pagi turut mendapat sambutan luar biasa daripada pengunjung yang mengambil peluang menukar topi keledar lama mereka secara percuma.
Pengunjung Norzalika Md Zaini yang ditemui menyambut baik inisiatif pertukaran topi keledar percuma ini dan menyifatkannya sebagai peluang yang amat bermanfaat,khususnya untuk keselamatan pengguna jalan raya.
"Memandangkan helmet saya dah lama,kemudian ada pemberian secara percuma saya datang tukarlah yang lama kepada yang baru. Lagipun untuk keselamatan sayalah untuk masa depan akan datang daripada berlakunya kemalangan untuk keselamatan saya",katanya.
Manakala,pengunjung Mohd Khairil Amri Corlis memaklumkan bahawa topi keledarnya berada dalam keadaan rosak dan tidak lagi selamat digunakan. Justeru,apabila melihat peluang yang ditawarkan oleh JPJ,beliau segera mengambil kesempatan untuk menukarnya kepada yang baharu.
Mini Karnival MOT 2025 berlangsung selama dua hari bermula hari ini di Terminal Bersepadu Gombak.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur