2025-09-29 HaiPress

Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari bot ketika memancing di Sungai Kampung Kedaik Lama,Muadzam Shah,pagi tadi/Foto JBPM Pahang
ROMPIN,28 September – Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari bot ketika memancing di Sungai Kampung Kedaik Lama,di sini pagi tadi.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang,Zulfadli Zakaria berkata mangsa dikenali sebagai Sharuddin,43 tahun.
Menurutnya,pihak bomba menerima panggilan kecemasan daripada rakan mangsa pada pukul 10.28 pagi sebelum mengerahkan jentera bersama lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muadzam Shah ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 77 kilometer dari Keratong 4.
“Operasi turut dibantu Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) Pekan melibatkan empat anggota,sebuah lori Hicom dan sebuah bot fiber bagi menjalankan pemantauan serta usaha mencari dan menyelamat (SAR),” katanya dalam kenyataan hari ini.
Setakat pukul 5.54 petang,mangsa masih belum ditemui dan operasi pencarian giat dijalankan.
Orang ramai dalam pada itu diingatkan agar sentiasa berhati-hati ketika menjalankan aktiviti di kawasan sungai serta mematuhi arahan keselamatan yang ditetapkan pihak berkuasa.
Prasarana bina generasi tenaga mahir pengangkutan awam melalui Program T-GEAR
Isu rumah ibadat perlu ditangani harmoni – KPN
Pendekatan damai mencerminkan kematangan rakyat Malaysia tangani perbezaan
Kos haji kekal: Beri peluang umat Islam tunai haji serta rancang kewangan
ABU DBS 2026 kembali, himpun penggiat industri penyiaran 30 Mac-2 April
PETRA perkukuh kesiapsiagaan banjir menjelang Aidilfitri
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur