2025-09-29 HaiPress

Foto BERNAMA
KOTA BHARU,28 September - Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di Kelantan,meluahkan rasa teruja dan bersyukur apabila menjadi sebahagian individu terawal menikmati harga petrol RON95 pada kadar RM1.99 seliter,selepas BUDI MADANI RON95 (BUDI95) diperluaskan kepada lima juta orang bermula hari ini.
Tinjauan RTM di stesen minyak di Kota Bharu mendapati,rata-rata masyarakat di Kelantan bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan dengan usaha membantu mengurangkan beban rakyat melalui pemberian subsidi berkenaan.
Tuan Syam Edi Ahmad Tuan Mohd Shamsuddin berkata,dia menyambut baik bantuan kaedah pembelian petrol RON95 pada harga subsidi yang dilaksanakan menggunakan MyKad di semua stesen minyak. Katanya,iasecara tidak langsung mengelak ketirisan subsidi.
Manakala,bagi Abdul Muiz Abdul Ghani pula,BUDI95 banyak membantu meringankan beban rakyat terutama golongan B40.
"Sejujurnya bagi saya jumlah tersebut sangat membantu rakyat,sebab walau nampak sedikit tapi untuk kita banyak,sebagai rakyat sangat membantu meringankan beban kita",katanya.
Selain itu,Siti Maria Muhammad berkata dia bersyukur kerana menjadi sebahagian individu terawal menikmati harga petrol RON95.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan MADANI kerana langkah menurunkan harga minyak ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban rakyat",katanya.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur