2025-09-29 HaiPress

Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,28 September - Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR),cukup teruja menikmati harga RON95 pada kadar RM 1.99 seliter hari ini dibawah inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95).
Rata-rata penerima menyifatkan bantuan subsidi petrol RON95 itu cukup bermanfaat,selain mudah dinikmati.
Salah seorang penerima yang ditemui Harida Ghazali berkata bantuan ini amat membantu mengurangkan perbelanjaan bulanan berkaitan petrol.
"Alhamdulillah,agak bersyukur jugalah dapat subsidi ini. Ia sedikit sebanyak membantu jugalah mengurangkan perbelanjaan petrol untuk bulanan",katanya.
Penerima menyifatkan mekanisme subsidi ini sebagai langkah yangbaik dan membantu rakyatkhususnya golongan B40 yang memerlukan.
"Pada saya,benda ini baik dan membantu untuk B40,insya-Allah. Sebab senang dan mudah untuk mereka uruskan isi minyak," kata Nor Hisham Mohamad.
Bermula hari ini seramai lima juta penerima STR boleh menikmati BUDI95 pada harga RM1.99 seliter.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur