2025-09-29 HaiPress

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan (depan,kanan) membuat tinjauan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang membuat pembayaran pengisian minyak menggunakan inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95) ketika lawatan di Stesen Petronas Durian Tunjong hari ini. Foto- BERNAMA
LABUAN,28 September - Sejumlah RM3.7 juta pembelian petrol RON95 pada harga subsidi RM1.99 seliter direkodkan setakat pukul 12 tengah hari ini,sejak pelancaran inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95) semalam.
Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata jumlah itu melibatkan lebih 90,000 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) daripada lebih 300,000 penerima yang layak,menjadikan mereka kumpulan pertama yang mendapat manfaat daripada inisiatif berkenaan.
Beliau berkata mulai hari ini,BUDI95 diperluas kepada lebih lima juta penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dalam kategori B40,sebelum pelaksanaan penuh pada 30 September merangkumi 16 juta rakyat Malaysia yang memiliki MyKad dan lesen memandu yang sah.
“Berdasarkan pemerhatian kami hari ini di seluruh negara,penerima STR mula menggunakan skim subsidi ini. Sehingga pukul 12 tengah hari,lebih 200,000 penerima STR telah menggunakan kemudahan tersebut,namun jumlah keseluruhan nilai pembelian masih sedang dikumpulkan,” katanya kepada pemberita selepas melawat stesen minyak Petronas di Jalan Pohon Batu di sini,hari ini.
Datuk Seri Amir Hamzah yang memulakan lawatan kerja dua hari ke Labuan hari ini,berkata laporan di lapangan menunjukkan operasi BUDI95 berjalan lancar,dengan sistem stabil serta pengesahan MyKad di terminal stesen minyak berfungsi dengan baik.
Beliau akui terdapat aduan teknikal kecil,namun menjelaskan kebanyakannya berpunca daripada lesen memandu pemohon yang tidak aktif,cip MyKad yang tidak dapat dibaca atau penggunaan nombor kad pengenalan lama.
“Bagi menyelesaikan isu ini,kami bekerjasama dengan agensi kerajaan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan mereka bersedia memberikan sokongan operasi,” katanya.
Datuk Seri Amir Hamzah berkata pelaksanaan BUDI95 akan membantu mengurangkan ketirisan subsidi dan memastikan pengagihan disasarkan kepada rakyat.
“Apa yang kita mahu ialah bantuan ini benar-benar sampai kepada rakyat. Dengan penggunaan sistem pengesahan kad pengenalan negara,ia juga memberi rasa istimewa sebagai warganegara Malaysia,” katanya. -BERNAMA
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur