2025-09-29 HaiPress

Foto hiasan
BANGI,29 September- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menerima sumbangan berjumlah RM180,000 daripada Yayasan Taqwa - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sebagai usaha membela golongan yang memerlukan sekali gus mengangkat martabat ilmu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar berkata sebahagian besarnya adalah bagi menjayakan Konvensyen Pengajian Islam Institut Pendidikan Tinggi Antarabangsa 2025 yang dijangka berlangsung pada November depan.
"Di pihak kerajaan,sokongan dan dokongan diberikan dalam bentuk sumbangan. Yayasan Taqwa yang telah menyalurkan sebanyak RM120,000 bagi menjayakan konvensyen ini.
Selain itu,Yayasan Taqwa juga memberikan sumbangan berjumlah RM40,000 dan RM20,000 bagi membantu pelajar-pelajar asnaf di UKM," kata Datuk Dr. Mohd Na'im kepada pemberita,malam tadi.
Beliau menyerahkan bantuan itu dalam majlis UKM Berselawat,Malam Cinta Rasul sempena Minggu Apresiasi Watan yang dihadiri lebih 4 ribu pelajar baharu sesi 2025/2026 di Dewan Canselor Tun Abdul Razak.
Sementara itu,wakalah zakat bernilai RM80,000 disumbang oleh Pelaburan Hartanah Berhad yang akan diagihkan kepada 400 pelajar dari kategori asnaf fakir dalam bentuk Unit Amanah bernilai RM200 seorang.
Pada majlis sama,seorang pelajar berusia 19 tahun,Muhammad Aidil Izzuddin Akhbar Nizam,yang sebelum ini berdepan kesukaran untuk melanjutkan pengajian ke UKM akibat masalah kewangan selepas bapanya diserang strok sejak enam tahun lalu,telah menerima bantuan berjumlah RM2,000 serta sebuah komputer riba.
Turut dilancarkan,Sahabat Zakat UKM dan Penyerahan Al-Quran Mufiq serta Tausiyah bertajuk Demimu Rasullullah SAW disampaikan oleh Dr. Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim,Dekan Fakulti Pengajian Islam UKM.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur