2025-09-30 HaiPress

Foto RTM
KUALA LUMPUR,29 September - Kempen Sifar Kemiskinan Haid peringkat Parlimen Bandar Tun Razak dilancarkan bagi meningkatkan kesedaran dan menangani isu kemiskinan haid yang masih membelenggu remaja perempuan serta wanita di Malaysia.
Ahli Parlimen Bandar Tun Razak,Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata,kemiskinan haid atau 'period poverty' bukanlah isu asing di peringkat global,namun masih dianggap tabu dan kurang dibincangkan secara terbuka di Malaysia.
“Ini kita tengok dalam erti kata angka 13.1 peratus remaja perempuan dan wanita muda daripada golongan B40 di Kuala Lumpur tidak mampu membeli tuala wanita setiap bulan,manakala 1 daripada 2 pelajar perempuan pernah berfikir untuk ponteng sekolah ketika datang bulan",katanya ketika ditemui di sini,hari ini.
Tambah beliau,kekangan akses kepada produk kebersihan haid,kemudahan sanitasi selamat serta pendidikan kesihatan reproduktif yang menyeluruh menjejaskan maruah,pendidikan dan kesejahteraan emosi remaja perempuan.
Beliau turut menegaskan,kemiskinan haid memberi kesan besar kepada komuniti luar bandar termasuk masyarakat Orang Asli,Sabah dan Sarawak,dengan kadar kemiskinan yang menjejaskan akses kepada air bersih,kemudahan sanitasi serta produk haid.
"Inisiatif ini dianjurkan Majlis Belia Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Syarikat Uni-Lavender,pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta pihak sekolah,sebagai usaha bersama menangani isu sosial dan kesihatan masyarakat.
"Kempen ini bukan sekadar pengagihan produk sanitari,sebaliknya menjadi fokus kepada usaha menghapuskan stigma dan meningkatkan literasi kesihatan reproduktif dalam kalangan pelajar perempuan",katanya.
Majlis sama turut menyaksikan penyertaan pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Cheras dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) tempatan,sebagai simbolik kerjasama masyarakat dalam memperkasa isu kesihatan remaja.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur