2025-09-30 HaiPress

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,29 September - Keputusan kerajaan memperkenalkan Skim Kecederaan Bukan Pekerjaan disambut baik sebagai langkah progresif dalam memastikan kebajikan pekerja terus terjamin,walaupun di luar waktu pejabat.
Pengerusi Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat,Tan Sri Lee Lam Thye berkata,langkah ini dilihat amat wajar dan telah lama dinantikan pelbagai pihak,terutamanya dalam konteks dunia kerja masa kini yang semakin fleksibel.
Beliau berkata,penyediaan perlindungan keselamatan sosial selama 24 jam merupakan satu perubahan besar yang sudah lama diperjuangkan.
"Pengumuman ini mencerminkan keprihatinan kerajaan terhadap keperluan semasa pekerja yang tidak lagi terikat dengan jadual kerja tradisional.
"Kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa,bukan hanya semasa bekerja. Dalam susunan kerja baharu,perlindungan perlu diluaskan tanpa had waktu," katanya ketika dihubungi RTM hari ini.
Lam Thye berkata,pindaan terhadap Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) yang sedang dirangka Kementerian Sumber Manusia merupakan usaha penting untuk menyediakan skim perlindungan lebih komprehensif di bawah seliaan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Katanya,langkah itu dijangka memberi manfaat kepada jutaan pekerja di seluruh negara dan menjadi penanda aras baharu dalam memperkukuh jaringan keselamatan sosial di Malaysia.
Hari ini media melaporkan,kerajaan akan memperkenalkan Skim Kecederaan Bukan Pekerjaan bagi memastikan pekerja terus dilindungi walaupun di luar waktu pejabat.
Menurut Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim,skim itu penting bagi memperluas perlindungan sosial sepanjang masa memandangkan kemalangan dan kecederaan boleh berlaku pada bila-bila masa.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur