2025-09-30 HaiPress

Foto FB Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR,29 September - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima undangan daripada Pusat Pengajian Islam Oxford (OCIS) bagi mengadakan lawatan serta menyampaikan syarahan di Universiti Oxford pada masa yang bersesuaian.
Menerusi perkongsian di Facebook,Perdana Menteri berkata undangan itu diterima beliau hari ini semasa menerima kunjungan hormat daripada Lembaga Pemegang Amanah OCIS di Putrajaya.
Jelas Perdana Menteri,delegasi itu terdiri daripada bekas Presiden Turkiye Dr Abdullah Gul,bekas Perdana Menteri Kuwait Sheikh Dr Mohammed Al-Sabah,Pengarah OCIS Dr Farhan Nizami dan Felo OCIS Datuk Dr Afifi al-Akiti.
"Kami bertukar pandangan terkait perkembangan hal ehwal ekonomi dan hubungan antarabangsa dunia Islam khususnya dalam memupuk dialog antara dunia Islam dan Barat di samping memperkukuh kefahaman mengenai ekonomi dan pasaran Islam," katanya.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur