2025-09-30 HaiPress

Anak-anak dari Rumah Bakti Dato’ Harun bersama maskot Bank Muamalat dan Petrosains/Foto Bank Muamalat
KUALA LUMPUR,29 September - Seramai 40 pelajar dari Rumah Bakti Dato’ Harun,Selangor diberi pendedahan literasi kewangan dan Sains,Teknologi,Kejuruteraan dan Matematik (STEM) menerusi program anjuran Bank Muamalat Malaysia Berhad bersama Petrosains,hari ini.
Program bertemakan “Cilik Celik Kewangan Bersama Asnaf dan B40” itu memberi penekanan terhadap kemahiran mengurus wang,menabung dan berbelanja berhemah,di samping aktiviti bengkel STEM interaktif.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat,Datuk Khairul Kamarudin,berkata program tersebut menggambarkan komitmen bank memperkasakan masyarakat melalui pendekatan holistik,sejajar aspirasi kerajaan dan Bank Negara Malaysia.
“Dengan menggabungkan literasi kewangan dan pendidikan STEM,kami membantu pelajar asnaf dan B40 memahami asas kewangan,membina keyakinan diri serta daya saing dalam dunia moden,” katanya.
Khairul berkata kerjasama strategik dengan Petrosains akan diperluas melalui pelbagai program masa depan termasuk acara STEM interaktif,pendidikan komuniti serta inisiatif kewangan mesra keluarga di seluruh negara.
Pada program sulung itu,sumbangan zakat berjumlah RM1,500 diserahkan kepada Rumah Bakti Dato’ Harun selain membawa pelajar terbabit menyertai aktiviti pendidikan di Petrosains.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur