2025-09-30 HaiPress

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,29 September - Pelabur asing beralih menjadi penjual bersih minggu lalu,menamatkan aliran pembelian selama dua minggu berturut-turut,dengan aliran keluar bersih berjumlah RM451.5 juta.
Pelabur asing merupakan penjual bersih pada semua hari dagangan,dengan aliran keluar harian antara RM17.2 juta hingga RM223.5 juta,menurut Laporan Aliran Dana MBSB Investment Bank Bhd bagi minggu berakhir 26 September 2025.
"Tiga sektor teratas yang merekodkan aliran masuk bersih asing minggu lalu ialah produk dan perkhidmatan pengguna (RM127.0 juta),perladangan (RM61.2 juta) dan tenaga (RM49.4 juta).
"Perkhidmatan kewangan (-RM241.1 juta),utiliti (-RM177.7 juta),dan penjagaan kesihatan (-RM137.2 juta) pula muncul tiga sektor teratas yang merekodkan aliran keluar bersih asing," katanya.
Sementara itu,institusi tempatan kembali kepada aktiviti belian bersih,menamatkan aliran jualan bersih selama dua minggu berturut-turut dengan aliran masuk bersih berjumlah RM696.0 juta.
Peruncit tempatan pula melanjutkan aliran jualan bersih selama tiga minggu berturut-turut,dengan aliran keluar bersih sebanyak RM244.6 juta.
Di peringkat serantau,pelabur asing juga bertukar menjadi penjual bersih di pasaran Asia minggu lalu,menamatkan aliran belian selama tiga minggu dengan jumlah aliran keluar mencecah AS$2.29 bilion.
''Hanya Indonesia dan Filipina mencatat aliran masuk bersih asing,selebihnya menyaksikan jualan bersih,dengan Taiwan merekodkan aliran keluar terbesar sebanyak AS$1.16 bilion,sekali gus menamatkan aliran masuk asing bersih selama tiga minggu berturut-turut,'' tambah laporan itu.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur