2025-09-30 HaiPress

Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini susulan aktiviti belian semasa harga murah,menjejaki sentimen positif daripada prestasi semalaman Wall Street/Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,30 September - Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini susulan aktiviti belian semasa harga murah,menjejaki sentimen positif daripada prestasi semalaman Wall Street,kata seorang penganalisis.
Pada pukul 9.10 pagi,FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.54 mata kepada 1,611.49 daripada 1,610.95 ketika ditutup semalam.
Indeks penanda aras itu dibuka 0.87 mata lebih tinggi kepada 1,611.82.
Bagi keseluruhan pasaran,kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 208 berbanding 126,manakala 303 kaunter tidak berubah,1,978 kaunter tidak diniagakan dan 81 yang lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 213.66 juta unit bernilai RM77.74 juta.
Naib Presiden Rakuten Trade,Thong Pak Leng berkata sentimen di Wall Street bertambah baik didorong oleh saham berkaitan kecerdasan buatan (AI) selepas kebimbangan sebelum ini terhadap peningkatan AI.
Peniaga juga memantau penutupan kerajaan AS yang mungkin akan berlaku pada Rabu yang boleh menyebabkan pekerja persekutuan diberhentikan kerja secara besar-besaran.
Sementara itu,hasil Perbendaharaan 10 tahun AS turun lebih rendah pada 4.141 peratus.
Di Hong Kong,Indeks Hang Seng meningkat semula apabila peniaga membeli saham dalam pembuat kereta,syarikat tenaga solar dan pengeluar logam dalam persekitaran bahawa tindakan tegas Beijing terhadap perang harga membuahkan hasil.
Sentimen turut dipengaruhi oleh ikrar People’s Bank of China untuk meningkatkan langkah pelonggaran untuk menyokong pertumbuhan.
Di peringkat tempatan,beliau berkata FBM KLCI ditutup tinggi pada Isnin berikutan aktiviti belian yang lengang.
FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.54 mata kepada 1,610.95 ketika ditutup semalam/Foto HiasanSultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur