2025-09-30 HaiPress

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,29 September - Orang ramai disaran memastikan butiran pada MyKad dan lesen memandu adalah tepat agar kelayakan mereka tidak terjejas,menjelang pelaksanaan penuh sistem subsidi bersasar BUDI MADANI RON95 (BUDI95) esok.
Berdasarkan analisis Kementerian Kewangan (MoF) dan Kementerian Pengangkutan (MoT),terdapat sebahagian data lesen memandu yang masih menggunakan nombor lama seperti nombor polis,nombor tentera,atau nombor IC lama dan tidak sepadan dengan format MyKad 12 digit.
''Selain memastikan lesen masih sah,pengguna perlu memastikan nombor MyKad 12 digit digunakan dan direkod dengan betul dalam lesen memandu.
''Selain itu,nama pemegang lesen juga perlu dipastikan tepat serta kelas dan jenis kenderaan yang dinyatakan dengan betul,'' menurut MOF dalam satu kenyataan,hari ini.
Penyelarasan ini perlu memandangkan butiran di lesen memandu akan disemak silang dengan maklumat dalam MyKad,yang akan dibaca oleh terminal pembayaran di stesen minyak untuk pengesahan kelayakan.
Sekiranya terdapat sebarang ketidakselarasan,individu terlibat perlu hadir ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk mengemas kini maklumat lesen memandu.
"MOF dan MoT akan menyegerakan penyelarasan data secara mingguan bagi memastikan rakyat dapat menikmati harga bersubsidi BUDI95",katanya.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur