2025-09-30 HaiPress

Foto fail
KUALA LUMPUR,30 September- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US,disokong oleh kebimbangan bahawa penutupan operasi kerajaaan Amerika Syarikat (AS) mungkin akan berlaku dan mempengaruhi mata wang AS,kata seorang penganalisis.
Laporan menunjukkan bahawa kerajaan persekutuan AS berada di ambang penutupan melainkan Kongres AS mencapai persetujuan mengenai pembiayaan sebelum permulaan tahun fiskal baharu pada 1 Oktober depan.
Pada pukul 8 pagi,ringgit naik kepada 4.2125/2210 berbanding dolar US daripada 4.2150/2200 ketika ditutup pada Isnin.
At 8 am,the local note stood at 4.2125/2210 against the greenback compared with Monday’s close at 4.2150/2200.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd,Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata berkata penutupan kerajaan AS akan memberi kesan ketara kerana ia boleh menjejaskan peranan agensi utama seperti Biro Perangkaan Buruh.
Beliau berkata mengeluarkan data penting seperti laporan gaji bukan ladang (NFP) yang akan dibayar pada hari Jumaat ini mungkin ditangguhkan.
"Sekiranya ia penutupan kerajaan AS berlaku,ia akan mengakibatkan kesukaran untuk trend terkini dalam pasaran buruh AS ketika Rizab Persekutuan (Fed) AS telah menekankan peningkatan risiko penurunan kepada pekerjaan," katanya kepada Bernama.
Mohd Afzanizam berkata Indeks Dolar AS (DXY) turun kira-kira 0.25 peratus kepada 97.906 mata.
Beliau berkata ringgit yang naik 0.12 peratus kepada RM4.2175 berbanding dolar US semalam,dijangka diniagakan antara RM4.20 dan RM4.21 hari ini.
"Sekali lagi,ringgit boleh cuba melepasi paras psikologi RM4.20 terutamanya jika Fed AS meneruskan penurunan kadar faedah sekiranya penutupan kerajaan AS berlaku," katanya.
Pada paras pembukaan,ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama lain.
Unit tempatan meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.8340/8399 daripada 2.8365/8400 ketika ditutup pada Isnin,menokok berbanding pound Britain kepada 5.6582/6696 daripada 5.6612/6679 tetapi merosot berbanding euro kepada 4.9404/9504 daripada 4.9387/9446 sebelumnya.
Dalam pada itu,mata wang tempatan kebanyakannya tinggi berbanding mata ASEAN kecualii baht Thailand.
Ia melonjak berbanding dolar Singapura kepada 3.2653/2723 daripada 3.2664/2706,menambah berbanding rupiah Indonesia kepada 252.5/253.1 daripada 252.6/253.1,menokok berbanding peso Filipina kepada 7.24/7.26 daripada 7.25/7.26 sebelum itu,bagaimanapun merosot berbanding baht Thailand kepada 13.0669/1002 daripada 13.0649/0857 sebelum itu. -BERNAMA
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur