2025-10-11 HaiPress

Adam Adli Abdul Halim/ BERNAMA
KUALA NERUS,11 Oktober -Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) perlu tegas dan segera menyelesaikan proses rayuan berhubung isu semasa yang dibangkitkan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
Timbalan Menteri Belia dan Sukan,Adam Adli Abdul Halim berkata,pihak kementerian memandang serius sebarang isu yang boleh menjejaskan keyakinan peminat dan penyokong bola sepak tempatan terhadap pengurusan sukan tersebut.
FAM perlu mengambil langkah proaktif bagi mengelakkan sebarang salah faham dan spekulasi yang boleh mengganggu usaha pembangunan bola sepak negara.
Selain menekankan kepentingan ketelusan maklumat dalam memastikan keutuhan pembangunan sukan itu.
"Kita difahamkan perkara ini masih dalam proses semakan semula,dan kita sedang meneliti semula apa yang telah dikemukakan oleh menteri sebelum ini.
"Dalam hal ini,kita menggesa agar FAM mengekalkan ketelusan dalam menyampaikan maklumat bagi mengelakkan sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan ekosistem pembangunan sukan.
"Sudah tentu,penyokong dan peminat Harimau Malaya mahukan maklumat tepat,dan kita berharap FAM dapat memberi tumpuan sepenuhnya dalam menguruskan isu ini dengan baik," katanya ketika ditemui pemberita di sini.
Menurutnya penyokong dan peminat Harimau Malaya sentiasa mahukan maklumat tepat dan telus mengenai sebarang keputusan yang melibatkan pasukan kebangsaan.
Langkah itu penting untuk mengekalkan keyakinan penyokong serta memastikan pentadbiran sukan bola sepak negara kekal berwibawa dan profesional.
Semua pihak diseru yang terlibat dalam dunia bola sepak tempatan terus mempamerkan semangat profesional,setiakawan dan ketelusan demi kemajuan sukan nombor satu negara itu.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur