2025-10-11 HaiPress

FOTO BERNAMA
PUTRAJAYA,11 Oktober - Kementerian Kesihatan (KKM) sedang menjalankan siasatan terperinci berhubung punca sebenar kematian seorang kanak-kanak berumur empat tahun di Samarahan,Sarawak yang disyaki berkaitan jangkitan Influenza A.
Menurut Menteri Kesihatan,Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad ujian makmal menunjukkan kanak-kanak berkenaan positif Influenza A,namun komplikasi utama yang dikenal pasti ialah radang otak atau encephalitis yang menyebabkan sawan.
"Saya perlu nyatakan bahawa punca sebenar kematian masih dalam siasatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Namun,keputusan ujian makmal menunjukkan mangsa positif jangkitan Influenza A.
"Perlu diingat,komplikasi utama yang dikesan ialah radang otak yang juga boleh berpunca daripada pelbagai jenis virus lain.
"Oleh itu,kita tidak dapat mengesahkan sepenuhnya bahawa punca kematian adalah disebabkan Influenza A,walaupun itu merupakan diagnosis awal. Justeru,kita tunggu keputusan rasmi bagi mengetahui diagnosis muktamad,” katanya kepada media di sini.
Datuk Seri Dr Dzulkefly turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan meminta orang ramai agar tidak membuat spekulasi berhubung kes tersebut.
Mengulas mengenai situasi semasa,beliau menjelaskan bahawa sebanyak 116 wabak dan 97 kluster influenza telah dilaporkan setakat ini.
Bagaimanapun,kebanyakan kes melibatkan gejala ringan dan keadaan keseluruhannya masih terkawal.
Orang ramai disarankan agar terus berwaspada dengan mengamalkan langkah pencegahan seperti memakai pelitup muka apabila bergejala,menjaga kebersihan tangan,serta mengelakkan berada di tempat sesak.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur