2025-10-11 HaiPress

Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Terengganu tahun 2025 di Kompleks Sukan Negeri Terengganu,Gong Badak/ BERNAMA
KUALA NERUS,11 Oktober - Peningkatan peruntukan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mencerminkan keyakinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap program pembangunan sukan dan belia negara.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan,Adam Adli Abdul Halim berkata,peningkatan itu memperlihatkan komitmen kerajaan untuk terus memperkasa sektor itu.
"Secara keseluruhan,bajet pembangunan sukan yang disalurkan melalui agensi-agensi bawah Kementerian Belia dan Sukan,serta kementerian lain seperti Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT),mencatat peningkatan sebanyak RM380 juta.
"Saya berharap peruntukan ini dapat terus menjadi pemangkin kepada pelaksanaan program-program yang mendayaupaya atlet negara," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Terengganu tahun 2025 di Kompleks Sukan Negeri Terengganu,Gong Badak di sini.
Antara projek bakal dilaksanakan termasuk naik taraf stadium hoki di Terengganu,penyelenggaraan gelanggang dan padang komuniti di seluruh negara.
"Kita juga ingin merakamkan penghargaan kepada Negeri Terengganu yang semalam diumumkan bakal menerima kemudahan stadium hoki baharu.
"Naik taraf besar yang dilaksanakan bawah Rancangan Malaysia kali ini merupakan antara usaha dan inisiatif kerajaan untuk memastikan kemudahan sukan,pembangunan ekosistem sukan,pembangunan atlet serta program pembudayaan sukan dapat terus disemarakkan," katanya.
Fokus kerajaan bukan sahaja kepada sukan berprestasi tinggi,tetapi turut memberi tumpuan kepada pembangunan sukan akar umbi agar semua lapisan rakyat dapat menikmati kemudahan dan manfaatnya.
Pada masa sama memperkukuh semangat Malaysia Aktif dengan menyeimbangkan pembangunan fizikal,sahsiah dan perpaduan rakyat melalui sukan.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur