2025-10-11 HaiPress

Fadhlina Sidek pada Majlis Perasmian Bangunan Baharu SJKT Ladang Byram dan Projek Penempatan Semula Ladang Byram di Nibong Tebal
NIBONG TEBAL,11 Oktober- Kementerian Pendidikan (KPM) sedang memantau dengan rapi kes influenza di sekolah dan semua pentadbir diseru mematuhi prosedur operasi standard (SOP) berkaitan kesihatan,kebersihan serta pemakaian pelitup muka sebelum sebarang keputusan penutupan sekolah dibuat.
Menterinya,Fadhlina Sidek berkata,situasi jangkitan influenza ketika ini terkawal dan sekolah perlu melaksanakan pemantauan secara berkala bagi memastikan keselamatan pelajar serta kakitangan.
"Semua negeri termasuk pengarah-pengarah dan pimpinan tertinggi KPM telah diingatkan untuk mengambil langkah-langkah yang ditetapkan di bawah garis panduan bersama Kementerian Kesihatan (KKM). Ini termasuk pemantauan berkala,menjaga kesihatan dan kebersihan di sekolah serta menggalakkan pemakaian pelitup muka,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Bangunan Baharu Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Byram dan Projek Penempatan Semula Ladang Byram di sini.
Fadhlina menekankan,pematuhan SOP penting untuk mengekalkan keyakinan ibu bapa,guru dan pelajar serta memastikan pentadbiran sekolah kekal profesional dan berwibawa.
"Semua SOP telah ditetapkan dan KPM minta pihak sekolah mengambil langkah-langkah tersebut mengikut garis panduan bagi mengelakkan sebarang risiko penularan influenza," katanya.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur