2025-10-11 HaiPress

ATM
KUALA LUMPUR,11 Oktober- Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan mengamalkan perbelanjaan berhemah bagi peruntukan yang diumumkan untuk pasukan itu menerusi Belanjawan 2026 hari ini dengan menumpukan kepada usaha untuk mendukung Angkatan Masa Hadapan.
Panglima Angkatan Tentera,Jeneral Tan Sri Mohd Nizam Jaffar berkata ATM juga akan terus memperkukuh keupayaan setiap cabang perkhidmatan iaitu Tentera Darat Malaysia,Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia.
"Selain itu,aspek kebajikan para anggota juga akan diberikan keutamaan bagi mengekalkan moral dan kelestarian warga ATM untuk menyuntik iltizam serta semangat dalam mempertingkatkan kesiapsiagaan demi kedaulatan Malaysia," katanya dalam kenyataan.
Mohd Nizam berkata ATM juga akan memastikan hasrat kerajaan dalam Belanjawan 2026 tercapai serta mampu mengukuhkan keselamatan persempadanan negara,meningkatkan hubungan pertahanan antarabangsa dan memastikan kedaulatan negara terpelihara.
Beliau berkata Kementerian Pertahanan dan ATM menerima peruntukan sebanyak RM21.74 bilion bagi 2026 iaitu peningkatan 2.92 peratus berbanding 2025.
Menurut Mohd Nizam,daripada jumlah itu,RM14.11 bilion adalah untuk peruntukan mengurus manakala RM7.63 bilion adalah bagi peruntukan pembangunan.
“Seluruh warga ATM menzahirkan penghargaan serta ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pengumuman Belanjawan 2026 dan menyambut baik Belanjawan MADANI tersebut," katanya.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur