2025-10-11 HaiPress

Datuk Seri Anwar Ibrahim
IPOH,11 Oktober - Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa kemasukan pelajar antarabangsa ke universiti tempatan tidak akan menjejaskan peluang pelajar tempatan di negara ini.
1,500 tempat baharu diumumkan dalam Belanjawan 2026 semalam dikhaskan sepenuhnya kepada pelajar tempatan yang cemerlang dalam Sijil tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan matrikulasi.
Pelajar antarabangsa yang menuntut di institusi tempatan terutama universiti swasta membayar yuran penuh tanpa menjejaskan hak pelajar tempatan.
"Kerajaan menanggung pelajar tempatan,jadi kita tidak boleh menghalang kemasukan pelajar antarabangsa kerana mereka juga membayar dan kehadiran mereka amat diperlukan,khususnya di universiti swasta yang memerlukan penyertaan pelajar luar negara.
"Namun begitu,bagi 1,500 tempat baharu yang diumumkan,ia bukan untuk pelajar antarabangsa,sebaliknya diperuntukkan kepada pelajar cemerlang Matrikulasi dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dalam negara," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucaptama pada Seminar SPM Cemerlang: Saya Pelajar MADANI Cemerlang di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Yuk Choy,di sini.
Perdana Menteri turut memaklumkan bahawa,lebih 170,000 pelajar antarabangsa memohon melanjutkan pengajian di Malaysia,menjadikan negara sebagai destinasi utama pendidikan tinggi di ASEAN.
Dasar pendidikan negara tetap mengutamakan pelajar tempatan,namun pada masa sama menggalakkan kehadiran pelajar luar dalam ekosistem pendidikan global.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur