2025-10-11 HaiPress

Foto BERNAMA
KLEBANG,11 Oktober - Peruntukan khusus untuk menangani jenayah siber dalam Belanjawan 2026 menyuntik semangat Jawatankuasa Khas Jenayah Siber Melaka Negeri Melaka untuk terus membanteras jenayah terbabit.
Exco Sains,Teknologi,Inovasi dan Komunikasi Digital Melaka,Datuk Fairul Nizam Roslan berkata,kerajaan negeri sentiasa menyambut baik segala inisiatif bagi mencegah kegiatan itu daripada berlarutan.
Bagaimanapun jelas beliau,usaha itu perlu seiring dengan kesedaran orang awam.
"Usaha ini bukan semata-mata peruntukan. Kalau bajet banyak tetapi kesedaran rakyat masih tidak sampai,kita bimbang kes akan terus meningkat.
"Jumlah kerugian di Melaka sudah mencecah RM70 juta dan setiap hari ada sahaja kes scam yang berlaku," jelas beliau pada Majlis Perasmian Karnival Kita MADANI x Program MADANI Rakyat peringkat negeri Melaka,di sini.
Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim atas komitmen menangani jenayah itu.
Terdahulu,Datuk Seri Anwar yang juga Menteri Kewangan ketika pembentangan Belanjawan 2026 mengumumkan peruntukan RM32 juta bagi menangani penipuan dalam talian dan ancaman siber termasuk jenayah seksual yang mengeskploitasi kanak kanak di ruang siber.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur