2025-10-11 HaiPress

Foto BERNAMA
KUALA TERENGGANU,11 Oktober - Keberhasilan diplomasi dalam membantu pembebasan aktivis kemanusiaan ke Gaza mencerminkan komitmen tinggi Malaysia dalam memperjuangkan prinsip kemanusiaan dan solidariti sejagat.
Menteri Dalam Negeri,Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan,penglibatannya hanya sebagai menyokong usaha diplomatik yang digerakkan Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Luar,Datuk Seri Mohamad Hasan.
Ia melibatkan rundingan antarabangsa bagi memastikan keselamatan ke semua aktivis misi kemanusiaan ke Gaza yang ditahan rejim Zionis dibebaskan secepat mungkin.
Datuk Seri Saifuddin berkata,beliau berhubung dengan Utusan Khas Amerika Syarikat ke Asia Barat,Steve Witkoff,bagi membantu memudahkan urusan pembebasan aktivis berkenaan.
"Saya gunakan hubungan baik untuk menghubungi beliau (Witkoff) bagi tujuan memudahcara pembebasan. Tetapi kredit harus diberikan kepada Perdana Menteri dan Menteri Luar. Peranan saya sangat kecil," katanya.
Terdahulu,Datuk Seri Saifuddin menghadiri Sambutan Hari Pendaftaran Negara ke-77,dan Sekolah Angkat Madani di SMKA Sheikh Malik,Kuala Terengganu.
Mengulas lanjut,beliau memaklumkan telahdiberi kepercayaan menjadi menteri pengiring kepada Presiden Amerika Syarikat,Donald Trump sempenaSidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang dijadual berlangsung di Kuala Lumpur pada 26 hingga 28 Oktober ini.
Bagaimanapun,jelasnya,tugasanitu hanya bersifat protokol semata-mata tanpa melibatkan rundingandasar atau diplomatik.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur