2025-10-11 HaiPress

Foto hiasan/ RTM
KUALA LUMPUR,9 Oktober - Pasaran getah Malaysia meneruskan aliran kenaikan semalam untuk ditutup tinggi pada Khamis seiring dengan niaga hadapan getah serantau susulan kembalinya pembeli dari China ke pasaran ketika harga minyak mentah kekal stabil,kata seorang peniaga.
Niaga hadapan getah Jepun naik lebih tinggi pada Khamis seiring dengan pergerakan Nikkei dan disokong oleh penyambungan semula perdagangan di China selepas cuti Hari Kebangsaan.
Peniaga itu berkata,sentimen pasaran turut dipacu oleh prospek ekonomi global yang bertambah baik dan ia dikeluarkan oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) manakala harga getah disokong oleh laporan mengenai penurunan pengeluaran getah asli (NR) tempatan daripada Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
DOSM melaporkan pengeluaran NR tempatan menurun sebanyak 12.8 peratus pada Ogos 2025 kepada 31,285 tan daripada 35,884 tan pada Julai 2025.
"Bagaimanapun,kenaikan lanjut terhad oleh ringgit yang sedikit lebih kukuh di tengah-tengah ketidaktentuan ekonomi global susulan penutupan kerajaan Amerika Syarikat yang berpanjangan dan ketegangan geopolitik di Timur Tengah," katanya kepada Bernama.
Sewaktu berita ini ditulis,minyak mentah Brent meningkat sebanyak 0.29 peratus kepada US$66.30 setong.
Sementara itu,pada pukul 3 petang,Lembaga Getah Malaysia melaporkan harga Getah Mutu Malaysia 20 (GMM 20) menokok sebanyak 4.5 sen kepada 740 sen setiap kilogram manakala lateks pukal naik satu sen kepada 574 sen setiap kilogram. -BERNAMA
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur