2025-10-11 HaiPress

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,10 Oktober- Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar AS pada Jumaat berikutan para pelabur kekal berhati-hati susulan sentimen bercampu-campur menjelang pembentangan Belanjawan 2026 petang ini.
Pada 8.00 pagi,mata wang tempatan itu berada pada paras4.2140/2255 berbanding dolar AS4.2145/2185 ketika ditutup semalam.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia BhdDr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata gandingan dolar-ringgit dijangka kekal dalam jajaran terhadmemandangkan pembentangan Belanjawan 2026 dijangka memberikan gambaran lebih jelas mengenai kedudukan fiskal Malaysia pada masa hadapan.
“Setakat ini,pelaksanaan langkah konsolidasi fiskal telah menurunkan defisit fiskal kepada 4.2 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) bagi separuh pertama 2025 berbanding 5.5 peratus dalam tempoh sama tahun lepas,dan kerajaan dilihat berada di landasan tepat untuk mencapai sasaran 3.8 peratus tahun ini,” katanya kepada Bernama.
Mengenai faktor luaran,Mohd Afzanizam berkata ketidaktentuan ekonomi Amerika Syarikat (AS) terus menyokong pengukuhan dolar,yang didorong oleh isyarat kurang jelas mengenai hala tuju kadar faedah Rizab Persekutuan AS dan kekurangan data ekonomi disebabkan penutupan sementara kerajaan AS.
Pada sesi pembukaan,ringgit tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ringgit naik berbanding euro kepada4.8735/8868 daripada4.8988/9044 ketika ditutup pada Khamis,mengukuh berbanding yen Jepun kepada2.7539/7616 daripada2.7625/7653,dan meningkat berbanding pound kepada5.6055/6208 daripada5.6501/6575.
Prestasi mata wang itu bagaimanapun bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.
Ia menokok berbanding baht Thai kepada12.8507/8924 daripada12.9323/9505 ketika ditutup semalam dan naik berbanding dolar Singapura kepada3.2433/2524 daripada3.2534/2568 sebelum itu.
Bagaimanapun,ringgit hampir tidak berubah berbanding peso Filipina kepada7.23/7.26 daripada7.23/7.24 dan stabilberbanding rupiah Indonesia pada254.3/255.1 daripada254.3/254.7. -BERNAMA
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur