2025-10-11 HaiPress

FOTO TABUNG BAITULMAL SARAWAK
KUCHING,10 Oktober – Sarawak bakal menjadi tumpuan dunia Islam apabila dipilih sebagai tuan rumah Mesyuarat Tahunan ke-14 World Zakat and Waqf Forum (WZWF) dan Persidangan Antarabangsa 2025,yang akan berlangsung dari 13 hingga 15 Oktober ini di Hikmah Exchange Event Centre (HEEC),Kuching.
Menurut kenyataan media Tabung Baitulmal Sarawak (TBS),forum berprestij bertaraf antarabangsa itu akan dirasmikan oleh Premier Sarawak,Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada 13 Oktober.
Penganjuran tersebut amat signifikan kerana diadakan sempena sambutan ulang tahun ke-70 Majlis Islam Sarawak (MIS) dan merupakan hasil usahasama strategik antara MIS melalui TBS dengan World Zakat and Waqf Forum (WZWF).
Forum tersebut bakal menghimpunkan tokoh zakat dan wakaf terkemuka dari seluruh dunia,termasuk pakar akademik,penggiat industri serta pemimpin komuniti Islam,bagi membincangkan hala tuju dan strategi baharu pembangunan ekonomi ummah sejagat.
Dengan tema “New Global Zakat and Waqf Order: Innovative Solutions for Contemporary Challenges and Future Socioeconomic and Digital Development”,forum itu dijangka menjadi platform penting memperkukuh peranan zakat dan wakaf sebagai instrumen utama pembangunan sosioekonomi global.
Sebanyak 43 pembentang dari dalam dan luar negara akan berkongsi pandangan,penyelidikan serta pengalaman mereka,meliputi bidang kewangan Islam,transformasi digital,tadbir urus wakaf dan pembangunan komuniti.
Forum itu turut menyasarkan penyertaan lebih 400 peserta daripada institusi kewangan Islam,agensi kerajaan,pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta institusi pengajian tinggi.
“Ibadah wakaf bukan inisiatif sementara,tetapi satu amalan berterusan. Melalui forum ini,diharap dapat mencorak kerangka baharu pengurusan zakat dan wakaf global yang lebih strategik,inklusif dan lestari,” menurut kenyataan itu.
Selain sesi pembentangan,pelbagai gerai pameran turut disediakan bagi memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan maklumat menarik daripada agensi-agensi seperti Gobarakah,ASAS,Majlis Islam Sarawak,Tabung Baitulmal Sarawak,PayHalal,Lembaga Zakat Negeri Kedah,Bernas,PPZ-MAIWP,Yayasan Infaq Angkasa,Cagamas,Lembaga Zakat Selangor (MAIS),JAHWAR,Pahang Gold,Sarawak Tourism Board,TVS,INCEIF,MIB,Affin Islamic,MBSB Bank,Yayasan Waqaf Malaysia,Yayasan Kepimpinan Al Bait dan Tabung Haji.
Turut memeriahkan suasana ialah Yayasan Kepimpinan Al Bait (YKAB) yang menampilkan pelbagai produk tempatan hasil usahawan asnaf zakat,termasuk kek lapis,makanan dan kraftangan masyarakat setempat.
Penganjuran Forum Zakat dan Wakaf Sedunia 2025 ini dijangka menjadi pemangkin kepada idea baharu,kerjasama strategik dan transformasi inklusif,sekali gus memperkukuh kedudukan Sarawak sebagai peneraju inovasi dalam pengurusan zakat dan wakaf di peringkat antarabangsa.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur