2025-10-11 HaiPress

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,10 Oktober - Pasaran getah Malaysia ditutup bercampur-campur pada Jumaat,didorong oleh petunjuk lemah daripada niaga hadapan getah serantau dan penurunan harga minyak mentah,kata peniaga.
Katanya sentimen pasaran turut terjejas oleh data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang lemah dalam situasi penutupan kerajaan AS yang berpanjangan.
“Bagaimanapun,penurunan seterusnya dikekang oleh ringgit yang rendah berbanding dolar AS dan keyakinan terhadap data ekonomi China yang positif dalam kebimbangan peniaga mengenai kekurangan bekalan getah asli disebabkan musim hujan di negara-negara pengeluar utama,” katanya kepada Bernama.
Niaga hadapan getah Jepun meningkat untuk sesi ketiga berturut-turut,disokong oleh peningkatan semula harga bahan mentah berikutan hujan lebat di negara-negara pengeluar utama.
Pada masa ini,harga minyak mentah Brent merosot 0.64 peratus kepada US$64.83 setong.
Sementara itu,pada 3 petang,Lembaga Getah Malaysia (LGM) melaporkan harga Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) merosot 0.5 sen kepada 739.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal kekal tidak berubah pada 574 sen sekilogram.- BERNAMA
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur