2025-10-11 HaiPress

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,11 Oktober- Ringgit dijangka diniagakan mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan yang sebaliknyaterbatas selepas mata wang tempatan mendapat sokongan prospek fiskallebih positif susulan pengumuman Belanjawan 2026 padaJumaat.
PengarahStrategi Pelaburan dan Ahli Ekonomi Negara IPPFA Sdn Bhd,Mohd Sedek Jantanberkata,di sebalik sokonganaliran masuk pelaburan selamat dan ketidakpastian politik yang berlanjutan di AS,momentum dolar AS kian suram denganpasaran menjangkakan kemungkinan Rizab Persekutuan (Fed) menurunkan kadar faedah menjelang akhir Oktober 2025.
Di peringkat tempatan,beliau berkataMalaysia dilihat berada di landasan fiskal diyakini,disokong oleh sasaran defisit 3.5 peratus,perbelanjaan serta langkah strategik bagi menggerakkan lembaran imbangan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) yang akan hanya menarik keyakinan pelabur.
"Dalam jangka sederhana misalnya,ringgit dijangka mengukuh secara beransur-ansur sejajar dengan pengurangan defisit fiskal dan peningkatan kredibiliti dasar negara.
"Secara keseluruhan,USD/MYR dijangka bergerak dalam julat terhaddengan sentimen pasaran kekal stabil,kecuali berlaku kejutan besar dalam data inflasi AS atau sentimen risiko global," katanya kepada Bernama.
Bagi asas mingguan,ringgit susut berbanding dolar AS apabila ditutup pada paras4.2200/2260 berbanding 4.2055/2125,sebelumnya.
Namun,ringgitmengukuh berbanding kumpulan mata wang utama lain.
Ini termasuk naik berbanding yen Jepunkepada 2.7618/7659 daripada 2.8537/8586,menokok berbanding euro kepada 4.8838/8907 daripada 4.9360/9442dan mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.6084/6164 daripada 5.6577/6671.
Pada masa sama,ringgit juga diniagakan kebanyakannya lebih kukuh berbanding mata wangASEAN,kecuali susut berbanding rupiah Indonesia kepada 254.6/255.1 daripada 253.9/254.4 sebelum ini.
Ringgit naik berbanding dolar Singapura kepada 3.2494/2543 daripada 3.2621/2678,meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.8942/9184 daripada 12.9807/13.0084 dan mengukuh sedikit berbanding peso Filipina kepada 7.24/7.26 daripada 7.26/7.28. -BERNAMA
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur