2025-10-11 HaiPress

Kemudahan pembiayaan ditingkatkan untuk pemerkasaan usahawan tempatan /FOTO BERNAMA
KUALA LUMPUR,10 Oktober - Jumlah keseluruhan kemudahan pinjaman perniagaan bagi usahawan tempatan untuk tahun depan meningkat,mencecah RM50 bilion,berbanding RM40 bilion yang disediakan pada 2025.
Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata,langkah itu bertujuan memperkasa keupayaan usahawan mikro,kecil dan sederhana (PMKS),termasuk koperasi serta perniagaan dalam sektor bernilai tinggi.
“Ikhtiar yang utama adalah untuk memperkasa keupayaan usahawan tempatan.
"Saban tahun,sektor perniagaan tempatan meraih manfaat melalui skim-skim pinjaman dan jaminan yang kerajaan sediakan,” katanya pada pembentangan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat.
Antara yang diumumkan termasuk peningkatan jumlah pinjaman mikro lebih RM2.5 bilion melalui institusi seperti Bank Simpanan Nasional (BSN) dan TEKUN Nasional.
Dalam masa sama,kerajaan turut meningkatkan jumlah jaminan pembiayaan sebanyak RM10 bilion melalui Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP).
"Jumlah jaminan Kerajaan di bawah SJPP ditingkatkan kepada RM30 bilion,ketimbang RM20 bilion. Selain menjamin syarikat sektor bernilai tinggi,skop SJPP turut diperluas bagi menjamin usahawan mikro," jelas Perdana Menteri.
Sebagai tambahan,kerajaan juga memperuntukkan RM50 juta kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) sebagai dana pembiayaan untuk menyokong pertumbuhan perusahaan koperasi di seluruh negara.
Untuk tahun ini,BSN telah meluluskan hampir RM250 juta pinjaman mikro yang memanfaatkan lebih 7,200 usahawan merangkumi Bumiputera,Cina,India,Sabah dan Sarawak,wanita,belia,penjaja serta golongan rentan.
SJPP pula sejak penubuhannya telah menjamin lebih RM100 bilion pinjaman perniagaan,yang telah memberi manfaat kepada lebih 84,000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di seluruh negara.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur