2025-10-13 HaiPress

UMT satu-satunya universiti awam di Malaysia menawarkan rangkaian lengkap program maritim
KUALA NERUS,12 Oktober – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) melahirkan keterujaan terhadap pengumuman peruntukan khas bagi pembinaan Kompleks Teaching Shipyard TVET Marine dalam Belanjawan 2026 seperti diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Naib Canselor UMT,Prof. Ir. Ts. Dr. Mohd Zamri Ibrahim berkata,pengumuman itu membuktikan komitmen kerajaan terhadap pembangunan pendidikan dan penyelidikan maritim negara serta memberi semangat baharu kepada universiti.
Beliau berkata,pembangunan Teaching Shipyard TVET Marine diyakini mampu menjadi Maritime Innovation Hub serantau yang memacu pembangunan modal insan dan inovasi teknologi maritim negara secara menyeluruh serta mampan.
“Inisiatif berimpak tinggi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) ini memperkukuh kedudukan UMT di peringkat antarabangsa dalam bidang maritim dan oseanografi.
“UMT satu-satunya universiti awam di Malaysia menawarkan rangkaian lengkap program maritim termasuk Teknologi Maritim,Senibina Kapal,Pengurusan Maritim,Sains Nautika,Pengangkutan Maritim dan Informatik Maritim,” katanya lagi.
Menurut beliau,kompleks berkenaan memberi peluang kepada pelajar dan penyelidik terlibat dalam pembinaan,penyelenggaraan serta penyelidikan kapal termasuk teknologi baharu seperti kapal elektrik dan hidrogen.
Katanya,pengalaman praktikal itu meningkatkan kebolehpasaran graduan dan melahirkan tenaga kerja bersedia menghadapi keperluan industri maritim selaras aspirasi kerajaan memperkukuh sektor berimpak tinggi negara.
Beliau berkata,projek itu juga menjadi pemangkin penyelidikan bersama,perkongsian kepakaran serta pemindahan teknologi antara akademia dan industri yang memberi manfaat besar kepada ekosistem pendidikan negara.
“Peranan strategik ini menyokong agenda kelestarian dan kemajuan teknologi negara serta memperkukuh daya saing Malaysia dalam sektor maritim global berteraskan modal insan kompeten,” jelasnya.
Perdana Menteri ketika membentangkan Belanjawan 2026 pada Jumaat lalu berkata,kemudahan institusi TVET akan terus diperkasa.
Ini termasuk pembinaan hangar baharu di ADTEC Shah Alam dan kompleks Teaching Shipyard TVET Marine di UMT.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur