2025-10-13 HaiPress
Rakyat Sabah inisiatif itu sebagai langkah berkesan dalam membantu meringankan beban kos sara hidup/Gambar fail
PAPAR,12 Oktober - Program Jualan Rahmah Madani (PJRM) anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) terus mendapat reaksi positif daripada pelbagai lapisan masyarakat di Sabah.
Tinjauan di sekitar Papar mendapati,rata-rata orang ramai menyifatkan inisiatif itu sebagai langkah berkesan dalam membantu meringankan beban kos sara hidup,khususnya golongan berpendapatan rendah.
Seorang pengunjung,Mohd Raizan Abu Bakar,berkata barangan dijual pada harga rendah memberi kelegaan kepada rakyat yang terkesan dengan kenaikan harga barangan harian.
“Barang-barang semua pun murah,memang meringankan beban kami rakyat. Kalau boleh,saya harap lebih banyak jualan seperti ini diadakan di kawasan lain,” katanya.
Bagi Rosila Miasin,seorang suri rumah,program itu amat bermakna bagi golongan sepertinya yang menguruskan perbelanjaan keluarga setiap hari.
“Bagi saya sangat baik untuk rakyat sebab harga barang jadi lebih murah. Sedikit penjimatan pun sangat bermakna untuk kami,” katanya.
Selain pengguna,manfaat PJRM turut dirasai pekerja kedai yang melihat peningkatan ketara jumlah pelanggan sejak program itu dilaksanakan.
Penyelia kedai,Mohd Yazreen Yahya,berkata jualan barangan berlabel Rahmah meningkat dengan ketara berikutan potongan harga yang ditawarkan kepada pengguna.
“Kebanyakan barangan di sini ada diskaun,jadi jualan memang meningkat dan ramai pelanggan lebih gemar beli barangan Rahmah,” katanya.
Bagi pekerja kedai,Branden Simon,program itu bukan sahaja menarik lebih ramai pelanggan,malah membuka peluang kepada peniaga untuk memperluas pilihan barangan.
“Pelanggan makin ramai,cuma kalau boleh perbanyakkan lagi jenis barangan supaya mereka ada lebih banyak pilihan,” katanya.
Pada Jumaat lalu,Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2026,kerajaan bercadang memperuntukkan RM600 juta bagi memperluas pelaksanaan PJRM ke 23,040 lokasi seluruh negara.
Peruntukan PJRM itu termasuk kawasan berhampiran penempatan tentera dan polis bagi memastikan rakyat mempunyai akses membeli barangan keperluan asas pada harga yang lebih mampu milik.
Proven Strength, New Chapters Ahead: Chery Super Hybrid (CSH) Global Endurance Test Concludes in Triumph, Paving the Way for the 2025 Chery Brand User Summit
Sentimen elak risiko dorong ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar
Pasaran kewangan domestik kekal teratur meskipun terdapat ketidaktentuan global
Gangguan Aerotrain, MAHB bakal lantik penilai bebas laksana semakan menyeluruh
KWAP lancar Dana Iklim+, galak pelaburan hijau negara
MITI, MoF bincang insentif baharu galak penggunaan EV
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur