2025-10-13 HaiPress

Delegasi FFC tiba di tanah air pada pukul 4 petang tadi di KLIA/Foto BERNAMA
SEPANG,12 Oktober - “Walaupun kita seorang ibu,itu bukan alasan untuk berdiam diri dan tidak berbuat apa-apa demi pembebasan Gaza.”
Itu antara luahan Dr Fauziah Mohd Hassan yang merupakan salah seorang daripada sembilan aktivis Malaysia yang ditahan tentera Israel ketika menyertai misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition bersama Thousand Madleens to Gaza (FFC x TMTG) baru-baru ini.
Beliau berkata pengalaman ditahan rejim Zionis tidak mematahkan semangat mereka untuk terus bersuara bagi kebebasan rakyat Palestin.
“Kita tahu perjuangan ini makan masa dan memerlukan pengorbanan. Algeria mengambil masa 100 tahun untuk merdeka,sedangkan Freedom Flotilla baru 15 tahun belayar.Tekanan ini akan diteruskan sehinggalah Gaza bebas,insya-Allah,” katanya ketika ditemui sejurus tiba di tanah air petang tadi.
Wartawan,Syafik Shukri Abdul Jalil yang turut serta dalam misi bantuan menyifatkan misi itu bukan sekadar isu agama tetapi soal kemanusiaan sejagat yang menuntut keberanian dan kesatuan rakyat seluruh dunia.
“Saya mohon rakyat Malaysia bangkit bersama. Ini bukan isu agama semata-mata,ini isu kemanusiaan. Kita perlu bersatu memberi isyarat kuat kepada dunia bahawa rakyat Gaza berhak kepada kemerdekaan,” katanya.
Kesemua sembilan aktivis Malaysia terbabit dalam misi FFC x TMTG itu selamat tiba di tanah air pada 4.00 petang tadi di terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Aktivis berkenaan disambut isteri Perdana Menteri,Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dan beberapa Menteri dan Timbalan Menteri.
Sembilan delegasi Malaysia berkenaan ialah Ketua Misi,Prof Emeritus Dr Mohd Alauddin Mohd Ali; Dr Fauziah Hassan; Dr Hafiz Sulaiman; Dr Ili Syakira Mohd Suhaimi; dua pensyarah,Prof Dr Mohd Afandi Salleh dan Dr Noorhasyimah Ismail; wartawan,Syafik Shukri Abdul Jalil; Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCARE,Norsham Abu Bakar serta aktivis,Dr Maziah Muhammad.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur