2025-10-13 HaiPress

Tiga blok bangunan Sekolah Agama Negeri (SAN) musnah terbakar dalam kejadian petang tadi/Foto orang awam
TAMBUNAN,12 Oktober - Dua bangunan kelas termasuk satu kuarters guru musnah dalam kebakaran membabitkan tiga blok bangunan sebuah sekolah agama di sini,petang Ahad.
Dalam kejadian kira-kira pukul 5.20 petang itu,dua bangunan kelas termasuk bilik guru jenis tidak kekal terbakar 100 peratus,manakala kuarters guru jenis kekal musnah 50 peratus.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tambunan,Penolong Penguasa Bomba Mitchell Francis George,berkata tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian itu.
Katanya,bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.23 petang sebelum menggerakkan sepasukan 18 anggota bersama dua jentera ke lokasi kejadian.
“Jarak lokasi kebakaran kira-kira satu kilometer dari balai. Pasukan bomba menggunakan dua aliran dan empat pancutan ofensif serta dua aliran salur bantu mula teknik defensif bagi mengawal api daripada merebak,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Tambah beliau,operasi turut dibantu empat anggota dari BBP Keningau serta pasukan Bomba Sukarela Kampung Tangaban.
Katanya,api berjaya dikawal sepenuhnya pada pukul 6.15 petang tadi.
“Punca kebakaran serta jumlah anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanya.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur