2025-10-13 HaiPress

Ketua Menteri Pulau Pinang,Chow Kon Yeow / Foto BERNAMA
NIBONG TEBAL,12 Oktober - Kerajaan negeri bertekad untuk memastikan penurunan berterusan defisit dalam Belanjawan Pulau Pinang 2026.
Ketua Menteri Pulau Pinang,Chow Kon Yeow berkata,ia susulan kejayaan kerajaan negeri membentangkan Belanjawan 2025 berjumlah RM940.223 juta dengan anggaran defisit terendah dalam sejarah negeri iaitu RM33.63 juta.
Jelasnya,Belanjawan 2026akan dibentangkan pada November depan dengan anggaran defisit yang hampir sama dan beliau tidak menolak akan ada lebihan.
"Saya sudah buat anggaranlah. Hasil saya sudah kata kita akan bentangkan bajet defisit yang lebih kurang tahun ini,iaitu kira-kira RM33 juta. Tetapi terdapat peluang kita ada lebihan dan bukan defisit," katanya.
"Jadi,dalam dua tahun ini kita cuba pulihkan apa yang saya janjikan dalam dewan untuk memulihkan status kewangan kita dengan tambahan hasil yang dijangka boleh kutip," menurutnya lagi.
Kon Yeow berkata demikian kepada media selepas merasmikan Projek Infrastruktur Penaiktarafan Persimpangan Jalan Sungai Bakau - Jalan Sungai Chenaam.
Hadir sama,Exco Perdagangan,Pembangunan Keusahawanan dan Luar Bandar,Datuk Rashidi Zinol dan Exco Infrastruktur,Pengangkutan dan Digital,Zairil Khir Johari.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur