2025-10-13 HaiPress

Universiti Teknologi Mara
SHAH ALAM,12 Oktober – Peruntukan khas kepada Universiti Teknologi MARA (UiTM) menerusi Belanjawan 2026 diyakini memperkukuh keupayaan universiti itu dalam melaksanakan misi utamanya melahirkan graduan berilmu,beretika dan berdaya saing global.
Naib Canselor UiTM,Profesor Datuk Ts. Dr. Shahrin Sahib @ Sahibuddin,berkata pengumuman yang dibuat Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim,Jumaat lalu membuktikan komitmen kerajaan terhadap pembangunan pendidikan tinggi Bumiputera.
“UiTM amat menghargai kepercayaan kerajaan terhadap peranan universiti ini sebagai institusi peneraju pembangunan sosioekonomi Bumiputera dan negara.
"Kami komited memastikan setiap peruntukan dimanfaatkan bagi memperkukuh infrastruktur,kebajikan pelajar serta keupayaan akademik dan penyelidikan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Shahrin berkata UiTMmenghargai penghargaan kepada Perdana Menteri atas perhatian dan keprihatinan yang ditunjukkan terhadap sektor pendidikan tinggi.
Beliau berkata,sokongan kerajaan menerusi Belanjawan 2026 akan memberi impak langsung terhadap usaha UiTM memperluas akses pendidikan tinggi kepada pelajar luar bandar serta memperkukuh penyelidikan berimpak tinggi.
Katanya,langkah itu turut meningkatkan kesejahteraan mahasiswa melalui pelbagai inisiatif bantuan dan kemudahan kampus sejajar dengan aspirasi Belanjawan MADANI.
UiTM turut merakamkan penghargaan kepada Menteri Pendidikan Tinggi,Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir,atas kepimpinan dan komitmen beliau memperjuangkan keperluan universiti awam termasuk UiTM.
“UiTM akan terus berperanan sebagai institusi peneraju pembangunan modal insan Bumiputera yang berdaya saing dan berintegriti tinggi. Amanah besar ini akan kami teruskan seiring aspirasi kerajaan membina masyarakat berilmu dan berdaya tahan,” katanya.
Pada Jumaat lalu,Perdana Menteri mengumumkan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menerima peningkatan peruntukan sebanyak 2.76 peratus,iaitu RM18.60 bilion berbanding RM18.09 bilion tahun lalu.
Peruntukan itu termasuk RM6 bilion bagi memperkukuh pendidikan Bumiputera melalui MARA,Yayasan Peneraju dan UiTM.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur