2025-10-13 HaiPress

Sultan Perak,Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah dalam Syarahan Diraja sempena Majlis Santapan Diraja Forum Kewangan Islam Global (GIFF) 2025 / BERNAMA
KUALA LUMPUR,13 Oktober -Sultan Perak,Sultan Nazrin Muizzuddin Shah,menyeru institusi kewangan Islam untuk mengimbangi penjanaan keuntungan dengan integriti moral dan tanggungjawab sosial.
Baginda menegaskan kemajuan sebenar tidak hanya diukur melalui penciptaan kekayaan,tetapi melalui usaha memperkasakan masyarakat serta membawa manfaat kepada kebaikan bersama.
“Keuntungan mesti dicapai dengan tujuan yang jelas,dipandu hati nurani,berasaskan nilai-nilai yang membawa manfaat kepada kebaikan bersama,” titah baginda.
Sultan Nazrin bertitah demikian dalam Syarahan Diraja sempena Majlis Santapan Diraja Forum Kewangan Islam Global (GIFF) 2025 di ibu negara,malam tadi.
Turut hadir,Menteri Kewangan II,Datuk Seri Amir Hamzah Azizan,dan Gabenor Bank Negara Malaysia,Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.
Baginda bertitah,kewangan Islam yang berteraskan keadilan,ketelusan,akauntabiliti dan perkongsian risiko,perlu kekal dinamik,inklusif serta berpandangan jauh dalam mendepani cabaran geopolitik,sosial dan alam sekitar.
Sultan Nazrin turut menegaskan kejayaan industri kewangan Islam tidak harus diukur hanya pada prestasi kewangan,tetapi juga pada sumbangannya terhadap kesejahteraan manusia dan kelestarian alam sekitar.
Memetik kebijaksanaan Ibnu Khaldun,baginda menegaskan bahawa kemakmuran ekonomi mesti berpaksikan integriti moral,dan amalan beretika adalah keperluan asas bagi perdagangan yang mampan.
“Kepimpinan mesti berpaksikan keberanian,kebijaksanaan dan kejelasan moral,” titah baginda lagi.
Baginda turut menekankan bahawa pertumbuhan kewangan Islam mesti diterjemahkan kepada kemajuan nyata untuk masyarakat,bukan hanya kepada pemilik modal.
Menurut baginda,kewangan Islam berada pada kedudukan unik untuk merapatkan jurang antara peluang dan keperluan.
Melalui Pendekatan Perantaraan Berasaskan Nilai (VBI),bank-bank Islam telah menyalurkan hampir RM62 bilion dalam pembiayaan sosial,RM17 bilion dalam pembiayaan hijau,serta RM184 juta melalui inisiatif berimpak sosial termasuk zakat,sedekah,iTEKAD dan wakaf.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur