2025-10-13 HaiPress

Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Perjumpaan Bulanan Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri bagi Oktober 2025./BERNAMA
PUTRAJAYA,13 Oktober – Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan akan terus memberikan sokongan penuh kepada semua agensi penguat kuasa dalam usaha membanteras rasuah dan salah guna kuasa di negara ini.
Beliau berkata,kerajaan mempunyai tekad jelas untuk memastikan sistem pentadbiran yang lebih telus dan berintegriti.
“Saya sendiri beri sokongan penuh dan tidak berbelah bahagi kepada tindakan tegas agensi penguat kuasa. Namun,penguatkuasaan sahaja tidak mencukupi. Saya ajak seluruh penjawat awam untuk turut berubah kerana hampir setiap hari ada laporan tangkapan berkaitan rasuah. Negara apa ini?” katanya.
Menurutnya,sejak dua tahun lalu,usaha memperkukuh badan penguat kuasa semakin menunjukkan hasil positif.
“Pada 2023 saya tekankan aspek penguatkuasaan,dan tahun ini kita sudah nampak peningkatan. Dalam tempoh dua tahun sahaja,kita berjaya menyelamatkan RM15 bilion hasil negara daripada penyeludupan,ketirisan dan rasuah. Saya ucapkan tahniah kepada semua agensi terlibat,” ujarnya.
Perdana Menteri berkata demikian pada Perjumpaan Bulanan Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri bagi Oktober 2025,di sini,hari ini.
Dalam pada itu,Datuk Seri Anwar turut mengingatkan ketua jabatan agar tidak melindungi sebarang salah laku di peringkat pentadbiran masing-masing.
Beliau menyeru penjawat awam menunaikan amanah dengan penuh tanggungjawab dan memanfaatkan tempoh perkhidmatan untuk memberi sumbangan terbaik demi masa depan negara.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur