2025-10-13 HaiPress

Foto arkib/RTM
KUALA LUMPUR,11 Oktober - Kementerian Pelaburan,Perdagangan dan Industri (MITI) akan memastikan ekosistem Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) bersedia melaksanakan Kerangka Insentif Baharu Berasaskan Keberhasilan sepenuhnya pada awal suku pertama 2026.
Kerangka yang diumumkan pada pembentangan Belanjawan 2026 melibatkan sektor perkilangan sebelum diperluaskan kepada sektor perkhidmatan pada awal suku kedua 2026.
Inisiatif itu akan mengimbangi usaha negara untuk menarik aktiviti berpertumbuhan tinggi dengan menjana pekerjaan bernilai tinggi dan merapatkan jurang ekonomi antara kawasan,sejajar dengan objektif Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030.
''MITI turut menyokong usaha memudahkan urusan pelabur menerusi Visa Kemasukan Berbilang sehingga 12 bulan; penerusan inisiatif Residence Pass -Talent Fast Track,dan Status Entiti Perniagaan ASEAN (ABE).
''Kesemua langkah ini akan dilengkapi oleh Invest Malaysia Facilitation Centre (IMFC) yang dibangunkan di Kuala Lumpur dan Johor oleh MIDA,untuk memudahcara mobiliti bakat mahir dan menyokong pertumbuhan syarikat Malaysia di rantau ASEAN,'' kata MITI dalam satu kenyataan hari ini.
MITI juga akan terus menggalakkan pemain industri dan pengeksport untuk memanfaatkan 18 perjanjian perdagangan bebas (FTA) sedia ada termasuk Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan Progresif untuk Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP).
''Terkini,pemuktamadan rundingan FTA antara Malaysia dan Korea Selatan dijangka akan diumumkan di sela-sela Sidang Kemuncak Ketua Negara ASEAN-Korea Selatan akhir bulan ini.
Menterinya,Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Aziz berkata,langkah-langkah Belanjawan 2026 bawah seliaan MITI akan dilaksanakan sebaik dan secepat mungkin,terutamanya bagi meningkatkan kualiti hidup rakyat,dan membuka lebih banyak peluang kepada PKS.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur