2025-10-13 HaiPress

Gambar hiasan
KUALA LUMPUR,12 Oktober – Belanjawan 2026 memperlihatkan usaha mengimbangi rangsangan pelaburan,sokongan bagi pertumbuhan sektor ekonomi baharu serta penyediaan bantuan sosial.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank,Datuk Seri Khairussaleh Ramli,disiplin fiskal masih dikekalkan sejajar dengan sasaran jangka sederhana Akta Tanggungjawab Fiskal untuk mencapai defisit belanjawan pada 3% daripada KDNK.
Beliau yang juga Pengerusi Persatuan Bank-bank di Malaysia menyatakan,belanjawan itu juga kekal komited terhadap kesejahteraan rakyat,khususnya golongan yang terpinggir.
"Belanjawan 2026 turut menangani isu berkaitan kos sara hidup termasuk inflasi perubatan dengan pengembangan dan lanjutan pelepasan cukai untuk insurans perubatan dan takaful,serta menekankan aspek penyelenggaraan dan kualiti infrastruktur awam,penjagaan kesihatan,pendidikan dan perumahan,” katanya.
Beliau berkata,industri perbankan menyokong usaha kerajaan membina ekonomi ASEAN bernilai tinggi melalui pelaburan strategik dalam sektor ekonomi baharu seperti semikonduktor,peralihan tenaga dan industri digital.
“Dari segi pembiayaan,kami akan terus bekerjasama dengan Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Bhd (SJPP) dalam pelbagai inisiatif baharu termasuk program berasaskan eksport,” jelas beliau.
''Komitmen kerajaan untuk meletakkan Malaysia sebagai peneraju global dalam ekonomi Islam selaras dengan peranan Maybank dalam memajukan kewangan Islam dan perbankan berasaskan nilai yang menggalakkan pertumbuhan saksama,kemampanan dan impak sosial,'' katanya.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur