2025-10-13 HaiPress

Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour,Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM)
KUALA LUMPUR,13 Oktober -Anjakan transformasi dengan kepimpinan kukuh mampu mentakrif semula peranan kewangan Islam,sekali gus membentuk sistem kewangan lebih inklusif dan mampan.
Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM),Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour berkata,peralihan global yang pesat serta harapan tinggi terhadap kewangan Islam telah mendorong permintaan baharu untuk industri merangka hala tuju berpandangan jauh.
“Transformasi bukan penyimpangan daripada asas,sebaliknya penafsiran semula untuk mengukuhkan tujuan kita dan menegaskan komitmen kepada nilai-nilai yang menjadi identiti,” katanya.
Beliau berucap pada Majlis Makan Malam Diraja sempena Forum Kewangan Islam Global (GIFF) 2025 di ibu negara malam ini.
Datuk Seri Abdul Rasheed berkata,langkah itu bermakna memperluaskan aplikasi struktur perkongsian risiko seperti Mudarabah dan Musharakah bagi memupuk penyertaan ekonomi inklusif serta memenuhi pilihan ganjaran risiko pelbagai.
“Kewangan Islam juga mesti diletakkan sebagai pilihan utama bagi pembangunan ekonomi halal dan kewangan mampan.
Pada masa sama,wakaf dan zakat perlu dimanfaatkan sepenuhnya sebagai instrumen kewangan berimpak,” jelasnya.
Ujarnya lagi,usaha itu memerlukan rangka kerja pelaburan wakaf yang lebih jelas,tadbir urus zakat yang telus serta penilaian pulangan sosial yang lebih baik.
Menurut beliau,idea-idea tersebut membuka peluang strategik untuk kewangan Islam membentuk hala tuju ke arah kemakmuran generasi akan datang.
“Kerelevanan kewangan Islam pada masa depan bergantung kepada pilihan hari ini iaitu pilihan yang mengukuhkan kepimpinan,memberi inspirasi kepada inovasi dan menarik bakat baharu untuk membawa kewangan Islam ke tahap lebih tinggi,” katanya.
Majlis itu dirasmikan Sultan Perak,Sultan Nazrin Muizzuddin Shah,yang turut menyampaikan ucaptama diraja bertemakan “Bridging Tradition and Tomorrow: Advancing Business,Empowering Communities.”
Turut hadir,Menteri Kewangan II,Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur