2025-10-14 HaiPress

Foto hiasan/ RTM
KUALA LUMPUR,13 Oktober - Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin,seiring dengan prestasi Wall Street yang lemah pada Jumaat lepas.
Pada pukul 9.10 pagi,FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 13.55 mata kepada 1,608.70 daripada 1,622.25 semasa ditutup pada Jumaat lepas,selepas dibuka rendah 20.50 mata kepada 1,601.75.
Pasaran secara menyeluruh negatif,dengan 688 kaunter rugi mengatasi 58 kaunter untung manakala 239 kaunter tidak berubah,1,675 tidak diniagakan dan 35 yang lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 418.14 juta unit bernilai RM239.08 juta.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd,Thong Pak Leng berkata Wall Street ditutup rendah secara menyeluruh berikutan peniaga mengurangkan pegangan mereka selepas ketegangan meningkat antara China dan Amerika Syarikat (AS).
“Perkembangan ini disebabkan Beijing mengambil langkah untuk mengehadkan eksport nadir bumi,mendorong ancaman tarif tambahan daripada Presiden AS Donald Trump. Sementara itu,hasil Perbendaharaan AS untuk tempoh 10 tahun merosot kepada 4.059 peratus.
“Dalam negara,kami menjangka indeks FBM KLCI berada dalam julat 1,615 hingga 1,625 hari ini berikutan sentimen berhati-hati,” katanya kepada Bernama.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi,Maybank dan Tenaga Nasional,masing-masing merosot empat sen kepada RM9.91 dan RM13.18,Public Bank berkurangan tiga sen kepada RM4.27,CIMB Group menurun sembilan sen kepada RM7.41 dan IHH Healthcare susut lapan sen kepada RM7.91.
Dalam dagangan aktif,Borneo Oil dan Top Glove,masing-masing tidak berubah pada setengah sen dan 67.5 sen manakala Malayan United,TWL Holdings dan Luster Industries,masing-masing merosot setengah sen kepada enam sen,2.5 sen dan 4.5 sen.
Kaunter paling untung termasuklah Gas Malaysia naik empat sen kepada RM4.76,Tomei Consolidated,Supermax,Poh Kong,Kossan Rubber,masing-masing menambah dua sen kepada RM1.80,51 sen,RM1.12 dan RM1.27. Superlon meningkat 1.5 sen kepada 74.5 sen.
Dalam kalangan kaunter paling rugi,Malaysia Pacific merosot 80 sen kepada RM29.92,Nestle berkurangan 36 sen kepada RM97.20,Petronas Dagangan menurun 34 sen kepada RM22.40 serta Carlsberg dan Allianz Malaysia,masing-masing susut 26 sen kepada RM16.40 dan RM17.74.
Di papan indeks,Indeks FBM Emas merosot 115.30 mata kepada 12,016.02,Indeks FBMT 100 berkurangan 109.80 mata kepada 11,744.08,Indeks FBM Emas Shariah menurun 126.80 mata kepada 12,072.19,Indeks FBM 70 susut 206.10 mata kepada 16,971.46 dan Indeks FBM ACE berkurangan 93.68 mata kepada 5,205.08.
Mengikut sektor,Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 130.62 mata kepada 18,252.81,Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan berkurangan 1.77 mata kepada 173.09,Indeks Tenaga menurun 12.30 mata kepada 786.67 dan Indeks Perladangan susut 67.21 mata kepada 7,823.74. -BERNAMA
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur