2025-10-14 HaiPress

Kumpulan Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) bersama anak syarikatnya,SME Bank dan EXIM Bank diberi mandat/BPMB
KUALA LUMPUR,13 Oktober – Kumpulan Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) bersama anak syarikatnya,SME Bank dan EXIM Bank,diberi mandat untuk melaksanakan pelbagai inisiatif strategik berjumlah lebih RM9 bilion di bawah Belanjawan 2026.
Menurut kenyataan BPMB,inisiatif itu mengukuhkan peranan BPMB sebagai institusi kewangan pembangunan bersepadu negara dalam merealisasikan visi Ekonomi MADANI.
Antara inisiatif utama di bawah BPMB termasuk program Pembiayaan Semikonduktor (RM500 juta),program Pembangunan MADANI (RM3 bilion) dan program Pembaharuan Bandar dan Pelancongan (RM1 bilion) .
Sementara itu,SME Bank memperkukuh transformasi Perusahaan Kecil dan Sederhana ( PKS ) melalui pelbagai dana dan skim baharu seperti Technology Adoption Fund (RM300 juta),Dana Induk Payung (RM200 juta) dan
Skim Pemacu Koperasi (RM100 juta) .
EXIM Bank pula memfokus kepada pengukuhan perdagangan global menerusi Skim Eksport Lonjakan (RM500 juta) untuk membantu pengeksport menembusi pasaran baharu,Malaysia Global Connect bagi perlindungan risiko eksport melalui kerjasama dengan Islamic Development Bank .
"Secara keseluruhannya,Kumpulan BPMB komited menyokong aspirasi nasional di bawah Belanjawan 2026 bernilai RM419.2 bilion.
"Selaras dengan matlamat untuk memperkukuh disiplin fiskal,merangsang reformasi ekonomi dan memacu pertumbuhan mampan negara," menurut bank itu dalam kenyataan hari ini.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur