2025-10-14 HaiPress

KUALA LUMPUR,14 Oktober -Perodua memperkenalkan platform digital baharu,P-Circle yang menggabungkan konsep Mobility as a Service (MaaS) bagi menawarkan pengalaman mobiliti pintar dan bersepadu kepada pengguna.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad dalam kenyataan berkata,P-Circle berfungsi sebagai super app yang menghimpunkan pelbagai perkhidmatan dalam talian di bawah satu platform.
"P-Circle menawarkan mobility as a lifestyle kerana ia merangkumi sebahagian besar perkhidmatan digital kami dalam satu aplikasi," katanya menerusi kenyataan itu.
Menurut beliau,langkah ke arah perniagaan berasaskan teknologi itu,selaras dengan arah masa depan industri automotif dan keperluan pengguna yang semakin cenderung kepada kehidupan berhubung internet.
"Kami mahu membuktikan bahawa kami boleh berinovasi dengan menyediakan semua perkhidmatan yang diperlukan pelanggan,sejajar dengan falsafah ‘We Go Beyond’," katanya.
Antara komponen utama P-Circle termasuk e-wallet P-Duit,yang memudahkan transaksi pembayaran dalam negara serta bakal digunakan bagi pembelian dan pengecasan kenderaan elektrik (EV) pertama Perodua.
Tambah beliau,ciri P-Guardian berfungsi sebagai aplikasi pemantauan rumah manakala P-Charge membolehkan pengguna mengawal kamera di rumah mereka.
Aplikasi P-Circle kini boleh dimuat turun di Apple App Store dan Google Play,manakala aksesori seperti pengecas mudah alih dan jam pintar boleh didapati di semua Pusat Servis Perodua seluruh negara.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur