2025-10-14 HaiPress

Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan Datuk Johan Mahmood Merican berucap pada perdebatan pasca Belanjawan 2026 di AICB Centre of Excellence di ibu negara/BERNAMA
KUALA LUMPUR,13 Oktober – Kerajaan yakin mampu mengekalkan disiplin fiskal walaupun terus menyalurkan bantuan tunai kepada rakyat dalam Belanjawan 2026.
Ketua Setiausaha Perbendaharaan,Datuk Johan Mahmood Merican berkata sasaran defisit fiskal dikurangkan kepada 3.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2026,berbanding 3.8 peratus pada 2025.
Jumlah perbelanjaan keseluruhan meningkat kepada RM470 bilion,berbanding RM452 bilion pada tahun sebelumnya.
"Kerajaan berjaya mengekalkan keseimbangan antara tanggungjawab fiskal dan sokongan kepada ekonomi dengan mengoptimumkan bukan sahaja perbelanjaan mengurus dan pembangunan,tetapi turut menggerakkan pelaburan oleh Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC),badan berkanun serta syarikat milik kerajaan dalam sektor strategik."katanya selepas sesi perdebatan pasca Belanjawan 2026 di sini.
Sesi tersebut memberi ruang kepada wakil kerajaan,pakar ekonomi dan pemain industri untuk membincangkan keseimbangan antara pengukuhan fiskal dan keperluan merancakkan pertumbuhan,khususnya dalam keadaan ekonomi global yang tidak menentu menjelang 2026.
Tambah beliau lagi,pengekalan disiplin fiskal tersebut bagi memastikan setiap inisiatif kerajaan dapat dilaksanakan secara mampan tanpa menjejaskan komitmen terhadap kebajikan rakyat.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur