2025-10-14 HaiPress

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,14 Oktober - Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dalam sistem perbankan dianggarkan sebanyak RM23.94 bilion dalam pasaran konvensional dan RM17.94 bilion dalam dana Islam.
Hari ini,bank pusat akan mengeluarkan tiga tender repo berbalik terdiri daripada tender bernilai RM2.3 bilion untuk tujuh hari,tender bernilai RM1.5 bilion untuk 31 hari dan tender bernilai RM1.0 bilion untuk 92 hari.
Selain itu,BNM turut akan mengeluarkan satu tender repo berbalik Islam (perjanjian jual dan beli balik atau SBBA) bernilai RM500 juta bagi tujuh hari dan tender repo berbalik Islam semalaman (SBBA) bernilai RM1 bilion untuk sehari.
Bank pusat mengumumkan ketersediaan repo berbalik,perjanjian jual dan beli balik serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu minggu,satu bulan dan tiga bulan.
Pada 4 petang,BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM33.0 bilion dan RM18.7 bilion dalam tender semalaman Murabahah.- BERNAMA
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur